Permohonan Skim Perumahan Belia : BSN MyHome ~ Mohon Segera

Kepada golongan belia yang memasang impian untuk membeli aset seperti rumah yang berharga RM500,000 ke bawah, anda boleh memohon Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 di bawah skim MyHome BSN.


Untuk pengetahuan anda, skim perumahan ini bukan baharu lagi, skim ini telah lama diperkenalkan cuma ianya tidak dipromosikan secara meluas.

Kami dari Utusan Kerjaya akan kongsikan kepada anda mengenai info permohonan ini.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan:

1. Warganegara Malaysia yang berumur 25-40 tahun (Golongan Belia)
2. Bujang ataupun telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
3. Pembeli rumah pertama sahaja
4. Permohonan secara perseorangan atau secara bersama
5. Mempunyai bukti pembelian/pemilikan hartanah
6. Pemegang akaun BSN Giro/Giro-i

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Permohonan ini perlu disatukan dengan beberapa dokumen seperti berikut:

1. Salinan kad pengenalan
2. Salinan sijil nikah yang sah
3. Slip gaji 3 bulan terkini (Bagi permohonan tunggal, suami/isteri pemohon perlu mengemukakan satu salinan slip gaji terkini)
4. Penyata bank bulan terkini
5. Slip gaji dan penyata bank 6 bulan terkini (Pendapatan lain)
6. Penyata KWSP

Kepada yang bekerja sendiri, sila bawa penyata berikut:

1. Borang B/BE dan Resit LHDN
2. Surat pendaftaran syarikat (SSM)
3. Salinan penyata bank 6 bulan terkini
4. Dokumen-dokumen lain (Jika perlu)

CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN berhampiran anda atau klik DISINI

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

1 thought on “Permohonan Skim Perumahan Belia : BSN MyHome ~ Mohon Segera”

  1. Ermmm…agak tertekan dengan keadaan skrg ni….,nk mohon rumh,..pening jugak sbb kurang fhm dan x reti….
    lagi bila keadaan oku ni..,pastu hilng tmpt tingal,

    Reply

Leave a Comment