Untuk pengetahuan anda semua,PeKa B40 masih lagi beroperasi seperti biasa untuk tahun 2021.
- Sebanyak 47.6% kumpulan B40 yang berumur 40 tahun dan ke atas menghidapi satu penyakit tidak berjangkit yang belum didiagnosis.
- 3 daripada 10 orang dewasa mengalami derita kesihatan mental. Kumpulan B40 telah mencatat kadar yang lebih tinggi iaitu 32% berbanding 28% bagi kumpulan bukan B40.
- Seperti yang kita tahu,kes kanser semakin meningkat. Yang lebih membingkan lagi apabila sebanyak 60% dikesan pada peringkat awal,di mana peluang untuk sembuh lebih rendah.
- Ramai pesakit tidak melengkapkan rawatan kanser dan kembali ke hospital apabila keadaan sudah tenat. Ini menipiskan lagi peluang sembuh dan meningkatkan kos rawatan.
- Walaupun rawatan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diberi subsidi yang tinggi daripada Kerajaan, sebahagian kos alat perubatan masih perlu ditanggung oleh pesakit seperti kos untuk perentak jantung, implan untuk tulang belakang, dan sebagainya. Ini akan menambah beban kewangan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
- Ramai pesakit yang kurang berkemampuan, terutamanya di kawasan luar bandar, tidak meneruskan rawatan akibat kekangan kewangan untuk membayar tambang pengangkutan.
- Merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar.
- Berumur 40 tahun ke atas.
- Penyertaan adalah automatik dan tidak perlu berdaftar.
- Saringan Kesihatan
- Bantuan Alat Perubatan
- Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
- Insentif Tambang Pengangkutan
- Pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk risiko kesihatan
- Saringan kesihatan mental
- Pemeriksaan fizikal
- Pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita dan pemeriksaan klinik prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
- Ujian paras kolestrol
- Ujian sel darah
- Ujian kawalan gula dalam darah
- Stent untuk jantung
- Alat sendi
- Alat bantuan pendengaran
- Perentak jantung
- Prostesis dan implan untuk tulang belakang
- Prostesis dan ortosis tulang anggota
- Kanta mata intraokular
- Alat terapi pernafasan dan oksigen concentrator
- Bantuan sokongan nutrisi
- Kerusi roda
- RM1,000 dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di hospital KKM.
- Saringan Kesihatan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 menjalani rawatan ini.
- Insentif dipecahkan kepada 2 kali bayaran bergantung kepada peringkat rawatan.
- Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima PeKa B40 yang layak melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.
- Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 3 perlu dilakukan oleh doktor atau pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.
4. Insentif Tambang Pengangkutan
Manfaat ini bertujuan bagi meringkan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM. Ianya tidak bertujuan untuk merangkumi keseluruhan kos perjalanan.
Penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau/ dan Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) sahaja akan mendapat manfaat tambang pengangkutan ini.
- RM500 untuk Semenanjung Malaysia
- RM1,000 untuk Sabah/Sarawak/Labuan
👉 Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.
👉 Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 4 perlu dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau pegawai perubatan yang merawat.
👉 Pembayaran insentif PeKa B40 ini adalah secara terus kepada penerima melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.