Daftar Program Save 2.0: Rebat Sebanyak RM200 Pembelian Penyaman Udara & Peti Sejuk ~ Daftar Segera

Kepada anda yang sedang mempertimbangkan untuk membeli penyaman udara (air conditioner) atau pun peti sejuk,anda boleh mendaftar dalam program SAVE 2.0 untuk memperoleh rebat sebanyak RM200 bagi setiap pembelian penyaman udara atau peti sejuk di Shopee.


Join Telegram Rasmi Kami Untuk Info Lanjut : t.me/epermohonan

Program ini adalah bagi meningkatkan kesedaran warganegara Malaysia mengenai penjimatan tenaga elektrik, kerajaan mengumumkan rancangan SAVE 2.0 dalam pembentangan belanjawan 2021!

Untuk pengetahuan anda semua,program SAVE 2.0 ini dilaksanakan oleh Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA) yang juga merupakan sebuah badan berkanun yang telah ditubuhkan dibawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Lestari 2011.

Program SAVE 2.0 ini juga dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga serta kolobrasi bersama Shopee.


KRITERIA KELAYAKAN

1. Pemohon meupakan warganegara Malaysia.
2. Mestilah pengguna atau merupakan pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB,SESB atau SEB.
3. e-Rebat digunakan untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk yang berlabel 4 bintang atau 5 bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021.
4. 1 akaun bil untuk 1 e-Rebat

NOTA: Siapa cepat dia dapat

CARA MENDAFTAR 

Berikut dikongsikan cara mendaftar dan mendapatkan e-Rebat menerusi program SAVE 2.0 ini,sila ikuti langkah yang diberikan:
  1. Klik pada link ini (klik DISINI)
  2. Kemudian,klik pada link ini https://shopee.com.my/m/program-save
  3. Anda akan mendapat paparan seperti di bawah 👇

3. Isi semua maklumat yang diperlukani:

  • No. Bil Elektrik
  • No. Kad Pengenalan
  • Nama Penuh

4. Tandakan pada ruangan kotak pengesahan.
5. Klik pada pautan ‘Submit’.
6. Anda akan menerima bancar sebanyak RM200 akan dikreditkan ke dalam Shopee Wallet selepas permohonan diluluskan.
Info & Maklumat Lanjut

Untuk info dan maklumat lanjut mengenai Program SAVE 2.0, sila layari https://shopee.com.my/m/program-save

Leave a Comment