Untuk makluman anda,berdasarkan respon segelintir pemohon i-Sinar KWSP,ramai pemohon yang telah membuat kesilapan semasa mengisi ruang permohonan i-Sinar secara online bagi kategori 1.
Antara contoh yang dilakukan oleh pemohon ialah tersilap meletakkan jumlah amaun pengeluaran i-Sinar,adakah ada cara untuk membuat kemaskini amaun i-Sinar?
Kami dari Utusan Kerjaya akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat kemaskini amaun pengeluaran i-Sinar.
NOTA : Maklumat ini dikongsi oleh pemohon i-Sinar yang telah menghubungi KWSP,inilah cara yang telah diajar oleh pegawai KWSP untuk membuat pindaan atau tukar amaun i-SInar yang tersilap ‘tarik’ pada bahagian slide tersebut.
PANDUAN MENUKAR AMAUN I-SINAR (GUNA i-AKAUN KWSP)
1. Log masuk pada i-Akaun KWSP (Jika anda belum mendaftar,klik DISINI)
2. Klik pada butang ENQUIRY
3. Setelah selesai,klik pada butang i-Sinar
![](https://1.bp.blogspot.com/-NRcz9wBR8ig/X_aL69kE8ZI/AAAAAAAABUk/1Pp_ipSh8Ew1xw1zn_tLkyucWwD_md7EwCLcBGAsYHQ/s16000/i4.jpg)
![](https://1.bp.blogspot.com/-4MxsDuazMcg/X_aMEVIUn0I/AAAAAAAABUs/aXgrPlvpKbcyoQwO-mn8wycZacch_CZ2QCLcBGAsYHQ/s16000/j5-768x954.jpg)
4. Isikan semua butiran yang diminta dengan lengkap
5. Pada bahagian DETAILS, masukkan alasan anda untuk menukar amaun pengeluaran
![](https://1.bp.blogspot.com/-UHFYQ13ieGE/X_aMbjVfh5I/AAAAAAAABU0/HL_B4ANCXjc516iayCUbm3uDTr9kIlhBgCLcBGAsYHQ/s16000/j6-768x1128.jpg)
6. Kemudian,pilih EMAIL atau PHONE CALL untuk menerima maklumbalas
8. Tekan butang SUBMIT setelah semua maklumat diisi serta disemak
![](https://1.bp.blogspot.com/-pbQoPJGtOFc/X_aMq-19HTI/AAAAAAAABU4/CzGlCC8u0ag8PrUv7L_XAmYLjWBj35W3ACLcBGAsYHQ/s16000/j7.jpg)
NOTA : Sila buat semakan terakhir sebelum menghantar
MAKLUMAT LANUT & PERTAYAAN
Sila hubungi iSinar HOTLINE 03-8922 4848
Beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan)
Talian dibuka 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.