Skim Bantuan RM 200 Untuk Golongan B40

 

Untuk sedia maklum, pada masa kini bantuan berbentuk kewangan amat penting bagi sesetengah golongan Keluarga Malaysia. Dengan adanya bantuan daripada pihak Kerajaan ia dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup serta perbelanjaan pada tahun ini.

Pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk tunai telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri serta pihak yayasan pada tahun ini. Salah satunya adalah pakej program skim bantuan yang telah diperkenalkan Bantuan KISS RM 200.

SKIM BANTUAN KISS RM 200

Mengikut statistik data, ramai yang terlepas pandang berkenaan adanya bantuan KISS ini. Melalui skim bantuan ini, jika anda layak menerima bantuan tersebut anda bakal dapat bantuan RM 200 bagi setiap bulan.

FAEDAH DAN MANFAAT KISS

  • Penerima yang layak akan menerima kad KISS
  • Kad KISS tersebut boleh digunakan di pasaraya dan kedai yang berdaftar
  • Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan
  • Segala urus niaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai – Cashless
  • Kad KISS tersebut akan ditambah nilai RM 200 untuk setiap bulan secara automatik
Peringatan : Baki nilai bagi bulan tersebut jika anda tidak menggunakan, nilai tidak akan dibawa ke bulan hadapan

CARA MOHON BANTUAN KISS

Sekiranya anda berminat dan menepati syarat kelayakan, anda boleh membuat permohonan secara online (atas talian) di Portal KISS – https://www.kiss.com.my/
Sila klik pada permohonan online dan ikuti arahan permohonan sehingga selesasi. Anda boleh membuat semakan sekiranya anda layak di laman rasmi KISS tersebut.

SYARAT KELAYAKAN KISS

  • Pemohon wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah
  • Pendapatan bulanan semasa isi rumah RM 2,000 dan ke bawah
  • Berdaftar sebagai pemohon bantuan BSH di bawah kategori pendapatan RM 2,000 ke bawah atau tersenarai sebagai golongan miskin tegar atau miskin di pengkalan data eKasih
  • Merupakan wanita berkeluarga – Status berkahwin atau ibu tunggal (mempunyai anak di bawah umur 18 tahun ke bawah / 21 tahun kebawah yang masih menuntut pengajian tinggi)
  • Merupakan pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Individu yang lahir di negeri Selangor atau sudah menetap di Selangor melebihi 10 tahun.

Leave a Comment