Kerajaan terus dirayu untuk melihat semula permohonan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar bagi mereka yang masih mempunyai simpanan. Ini kerajaan, rakyat sangat berharap agar kerajaan luluskan Pengeluaran KWSP yang merupakan harapan terbesar rakyat.
Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIR) Azmi Mohd Tahir berkata, ia bagi kumpulan itu berharapan kesukaran ketika ini dengan pengeluaran wang sendiri.
Menurutnya, ia sekali gus membantu kerajaan yang tidak perlu memperuntukkan wang kerajaan yang untuk membantu rakyat.
“Pada pandangan saya, bagi rakyat yang tidak mempunyai caruman dan caruman simpanan kerajaan yang sedikit, mereka harus dibantu kerajaan dengan alternatif lain bagi meringankan beban kos sara hidup.
“Tetapi bagi rakyat yang mempunyai simpanan KWSP, mereka perlu dibenarkan mengeluarkan wang mereka secara bersasar bagi meringankan beban kos sara hidup, menyelesaikan bebanan hutang tertunggak dan survival hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru katanya, kerajaan juga tidak perlu memperuntukkan wang yang banyak untuk membantu rakyat sekali gus boleh memberi tumpua kepada rakyat yang tidak mempunyai simpanan KWSP dalam meringankan beban dan tekanan hidup mereka.
“Saya menyambut baik keprihatinan Datuk Seri Anwar Ibrahim memikirkan nasi dan masa depan rakyat tetapi dalam keadaan sekarang di mana keadaan ekonomi dunia tidak menentu maka rakyat sudah tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan disebabkan kos sara hidup yang tinggi.
“Ada yang terikat dengan hutang yang tertunggak kerana pendapatan yang tidak seimbang serta kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil kerana faktor usia dan kesihatan yang tidak mengizinkan,” katanya.
Justeru kata beliau merayu kepada Perdana Menteri supaya dapat meluluskan permintaan itu bagi kelangsungan hidup rakyat yang didakwanya sangat tertekan ketika ini.
Sumber : Harian Metro