Tarikh Bayaran STR Fasa 2 Ini

Pembayaran STR Fasa 1 telah mula dikreditkan dan hampir tamat. Setelah itu, pembayaran STR Fasa 2 pula. Ini adalah tarikh bayaran STR Fasa 2 ini.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah adalah sebuah bantuan kewangan yang disalurkan daripada pihak kerajaan untuk rakyat berkelayakan.

Pembayaran bantuan ini adalah melalui jumlah pendapatan bulanan. Pembayaran STR ini juga adalah secara berfasa mengikut tarikh yang diumumkan oleh kerajaan.

STR FASA 1

Pembayaran STR Fasa 1 telah diawalkan daripada Mac kepada Januari itu. Bantuan tersebut sudah dikreditkan dan hampir semua penerima telah terima bayaran tersebut. Ia disegerakan untuk membantu penerima hadapi musim tengkujuh.

Masing-masing bujang dan warga emas tiada pasangan terima bayaran RM 100. Manakala isi rumah terima RM 300 sekiranya layak.

TARIKH BAYARAN STR FASA 2

Tarikh pembayaran bagi STR Fasa 2 belum diumumkan setakat ini. Hal ini kerana pembayaran STR Fasa 1 baru sahaja diumumkan oleh sebab itu pengumuman tarikh bayaran STR Fasa 1 masih terlalu awal.

Tetapi dijangkakan pembayaran STR Fasa 2 jika mengikut bayaran BKM 2022 di mana setiap 3 bulan pembayaran dilaksanakan.

Oleh sebab itu, jika mengikut perkara tersebut dijangkakan pembayaran STR Fasa 2 adalah bulan April.

Walau bagaimanapun ia hanyalah sekadar jangkaan. Pihak kerajaan bakal umumkan tarikh bayaran yang rasmi pada bulan-bulan depan.

KATEGORI KELAYAKAN STR

Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.

Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.

Leave a Comment