STR FASA 2 – Perkara Yang Anda Wajib Tahu

Bayaran STR Fasa 1 dan bakal tamat tarikh bayaran dalam waktu terdekat. Beberapa bulan dari sekarang pula, bayaran STR Fasa 2 bakal dilaksanakan. Ini adalah artikel STR Fasa 2 – Perkara yang anda wajib tahu.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan kerajaan yang disalurkan kepada individu yang layak.

Pembayaran ini dilaksanakan dalam beberapa fasa dan pembayaran fasa 1 dikreditkan pada bulan ini iaitu Januari 2023.

Objektif utama pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban rakyat yang berkeperluan di tambah lagi dengan kos sara hidup yang kian bertambah

STR FASA 1, FASA 2 DAN SETERUSNYA

Bayaran STR Fasa 1 telah mula dikreditkan pada 17 Januari 2023 lalu. Pembayaran STR 2023 dijangkakan dibayar dalam empat fasa sama seperti bantuan-bantuan sebelum ini.

Jumlah bayaran bagi STR Fasa 1 pula adalah berjumlah RM 300 bagi kategori isi rumah. Untuk kategori bujang & warga emas tiada pasangan masing-masing menerima bayaran RM 100.

Pembayaran STR Fasa 1 dilaksanakan secara berperingkat dan dijangkakan bayaran selesai dalam waktu terdekat.

TARIKH JANGKAAN BAYARAN STR FASA 2

Setakat ini, masih terlalu awal untuk pihak kerajaan umumkan tarikh bayaran STR Fasa 2. Hal ini disebabkan pembayaran STR Fasa 1 baru sahaja dibayar dalam bulan ini.

Pengumuman mengenai tarikh bayaran STR Fasa 2 bakal dikeluarkan dalam beberapa bulan ke depan.

Menurut jangkaan tarikh bayaran pula, pihak kami jangkakan STR Fasa 2 bakal dibayar pada bulan April atau lebih baik iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

PERMOHONAN STR FASA 2

Setakat ini sebarang permohonan baharu atau kemas kini maklumat STR belum dibuka oleh pihak kerajaan.

Begitu juga dengan rayuan permohonan STR bagi yang tidak lulus STR Fasa 1. Diharapkan pihak kerajaan bertindak pantas untuk menyelesaikan perkara-perkara sedemikian.

Leave a Comment