Bantuan Tambahan STR 2023

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 sudah bermula pada 17 Januari 2023. Mungkin terdapat segelintir anda tertanya-tanya, adakah bantuan tambahan STR turut diberikan sama seperti bantuan. Oleh itu, sila semak perkara di bawah

STR 2023

STR 2023 merupakan bantuan kerajaan yang disalurkan kepada rakyat yang layak. Diberikan kepada rakyat berdasarkan syarat jumlah pendapatan dan tanggungan.

Diluluskan dan hasil inisiatif kerajaan lalu yang diteruskan untuk membantu rakyat yang sedang hadapi kos sara hidup yang kian meningkat.

BANTUAN TAMBAHAN 2023

Sedia maklumat, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 telah berikan rakyat bantuan tambahan berdasarkan kelayakan masing-masing.

Pemberian bantuan berkenaan telah berikan nafas baharu kepada golongan yang menerima bantuan tersebut. Diharapkan pihak Kerajaan Perpaduan yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan inisiatif tersebut untuk terus menjaga kebajikan rakyat.

BANTUAN TAMBAHAN BPR 2021 & BKM 2022

Bantuan Tambahan BPR diberikan pada tahun 2021. Jumlah bantuan tambahan yang disalurkan adalah seperti berikut

  1. RM 500 – Isi Rumah Berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah
  2. RM 300 – Isi Rumah Berpendapatan RM 2,501 hingga RM 4,000
  3. RM 100 – Untuk Kategori Bujang

Bantuan Tambahan BKM pula diberikan pada pertengahan tahun 2022. Terdapat 2 jenis penerima yang layak terima bantuan berkenaan iaitu

  1. RM 500 – Untuk isi rumah berstatus ibu / bapa tunggal yang mempunyai anak
  2. RM 300 – Untuk kategori Warga emas

BANTUAN TAMBAHAN STR 2023

Seperti yang anda sedia maklum, perkara mengenai Bantuan Tambahan STR 2023 belum didengari sehingga kini. Marilah sama-sama kita berharap agar pemberian bantuan tambahan atau penambahan jumlah STR dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Perkara di atas wajar dilakukan apabila kita melihat keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kadar inflasi yang kian meningkat.

MAKLUMAT LANJUT

Apa-apa maklumat terkini mengenai Bantuan Tambahan STR ini akan kami maklumkan terus kepada anda. Marilah kita berdoa yang terbaik untuk pemimpin agar mampu menjaga kebajikan rakyat dengan lebih teratur dan terjaga.

Leave a Comment