Anda Tidak Perlu Tergesa-gesa ~ Permohonan i-Sinar Dibuka Selama 6 Bulan

Untuk pengetahuan anda,permohonan i-Sinar bagi kategori 1 telah bermula pada 21 Disember yang lalu manakala bagi permohonan kategori 2 pula akan dibuka pada 11 Januari 2021.


Kepada anda yang masih tidak tahu atau belum lagi membuat permohonan,anda disaranakan untuk merujuk panduan sahih disini : Panduan Lengkap Permohonan i-Sinar KWSP Online Menggunakan i-Akaun Dan Portal i-Sinar Di Sini 

TEMPOH PERMOHONAN i-SINAR

Kepada ahli yang belum membuat permohonan lagi,anda tidak perlulah tergesa-gesa mengisi i-Sinar tersebut kerana permohonan i-Sinar dibuka selama;
  • 6 Bulan
Pihak KWSP telah mengumumkan bahawa permohoan i-Sinar ini dibuka sehingga 30 Jun 2021. Jadi,anda tidak perlulah tergesa-gesa kerana anda mempunyai banyak masa untuk meneliti skim i-Sinar. Hal ini kerana bagi mengelakkan pemohon melakukan kesilapan semasa membuat permohonan.


SYARAT KELAYAKAN i-SINAR KATEGORI 1

Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.


Kriteria bagi kategori 1 satu adalah;
  1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan ATAU
  2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020
SEMAKAN PERMOHONAN

Kepada ahli yang telah membuat permohonan pada 21 Disember, anda boleh membuat semakan pada 4 Januari depan dan seterusnya.
TALIAN HOTLINE

KWSP juga telah membuka talian HOTLINE kepada pemohon yang ingin bertanyakan soalan.

Untuk pengetahuan anda, permohonan i-Sinar hanya boleh dilakukan secara online sahaja. Anda tidak perlu pergi ke pejabat KWSP untuk memohon, harap maklum.





Leave a Comment