Bantuan Awal Persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia RM100.00 Untuk Murid-Murid Tahun 1 Sehingga Tingkatan 5 Secara One-Off

 

Tahukah anda BAP atau dikenali sebagai Bantuan Awal Persekolahan telah diperkenalkan sejak tahun 2012. Tujuan BAP diperkenalkan adalah bertujuan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada setiap aawal tahun.



Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah layak menerima sepenuhnya bantuan ini. Kami dari Utusan Kerjaya akan mengkongsikan segala maklumat permohonan bagi pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) oleh KPM.


Baca Juga: Cara Daftar Online Murid Tahun 1 2021 Dan 2022 Di Seluruh Negara ~ Ibu Bapa Wajib Tahu


KRITERIA KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid-murid:
  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan murid tahun 1 hingga tingkatan 5 atau setaraf
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
  • Berasal daripada kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa
JUMLAH KADAR BANTUAN

Berikut merupakan jumlah kadar bantuan yang bakal diterima oleh murid-murid yang berkelayakan :
  • RM100 untuk setiap murid yang layak
PENGAGIHAN BANTUAN

Sehubungan dengan itu,tempoh pelaksanaan BAP adalah bermula pada bulan Januari sehingga Jun bagi setiap sesi persekolahan tahun semasa. Bantuan ini akan disalurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seawal pada 4 Januari tahun semasa secara berperingkat dan secara terus ke:
  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK)
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Sekolah yang telah menerima wang bantuan tersebut akan mengeluarkan satu tarikh khas bagi memudahkan pengagihan wang bantuan kepada murid-murid yang layak. Tarikh pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid yang layak akan dimaklumkan oleh pihak sekolah.


Pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan memastikan bahawan wang bantuan tersebut diagihkan kepada para pelajar dalam tempoh masa 14 hari daripada tarikh penyata bank diterima bagi bulan di mana peruntukan dikreditkan ke akaun KWK sekolah.


CARA PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda, semua pelajar sekolah yang berkelayakan tidak perlu lagi melakukan permohonan secara individu untuk mendapatkan Bantuan Awal Pendidikan (BAP) bernilai RM100. Pihak sekolah akan mengeluarkan dan memaparkan senarai nama murid yang layak dan akan memberikan makluman berkenaan pemberian bantuan ini kepada mereka.

Sekiranya terdapat murid yang belum pernah menerima Bantuan Awal Pendidikan (BAP) sebelum ini dan ingin melakukan permohonan buat kali pertama, kini anda boleh melakukan permohonan melalui Borang Permohonan yang disediakan di bawah dengan menekan pada butang KLIK DI SINI dan membaca segala pernyataan yang dinyatakan. Sila maklumkan kepada pihak sekolah untuk urusan permohonan.


2 thoughts on “Bantuan Awal Persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia RM100.00 Untuk Murid-Murid Tahun 1 Sehingga Tingkatan 5 Secara One-Off”

Leave a Comment