Pelbagai bantuan yang disalurkan melalui Kerajaan Persekutuan dan Negeri kepada rakyat yang berkelayakan.
Kategori bujang turut tidak dipinggirkan untuk penerimaan bantuan kewangan termasuklah RM 350 bagi bujang B40. Semak info penuh di bawah.
BANTUAN BUJANG B40 RM 350
Bantuan bujang B40 ini adalah di bawah Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan kewangan yang disalurkan kepada rakyat berdasarkan jumlah pendapatan bulanan, tanggungan dan status perkahwinan.
STR 2023 akan dibayar dalam empat peringkat bermula pada Januari, April, Julai dan November ini.
JUMLAH BANTUAN
Untuk jumlah bantuan, layak kepada setiap individu bujang B40.
Bayaran bantuan berjumlah
- RM 350
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Merupakan bujang berumur 21 hingga 59 tahun
- Berpendapatan bulanan di antara RM 0 hingga RM 2,500 sahaja
JUMLAH PEMBAYARAN
Ini adalah jumlah pembayaran mengikut fasa Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Jumlah penuh bantuan adalah RM 350 dan pembayaran dibahagi kepada 3 Fasa sahaja
- RM 100 – Fasa 1
- RM 100 – Fasa 2
- RM 150 – Fasa 3
TARIKH BAYARAN
Pembayaran bantuan bujang B40 di bawah program STR 2023 ini adalah pada bulan
- Januari
- April
- Julai