TERKINI : i-Sayang KWSP 2023 – Semak Kelayakan & Jumlah Bayaran

Melalui Kerajaan Perpaduan, pelbagai jenis bantuan atau inisiatif yang diberikan kepada setiap lapisan masyarakat bermula daripada golongan bujang, isi rumah dan warga emas.

Terkini, pihak KWSP telah melancarkan sebuah program i-Sayang. Semak kelayakan anda di bawah.

I-SAYANG KWSP

Raikan isteri dengan hadiah paling bermakna. i-Sayang merupakan inisiatif diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi PILIHAN kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripadda majikan ke dalam akaun KWSP isteri (pencarum).

Perkara ini telah diwar-warkan sejak 2021 lagi dan telah dilancarkan bermula bulan Mac 2023 ini.

SYARAT KELAYAKAN

SYARAT KELAYAKAN SUAMI (PEMBERI)

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
  • Ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 75 tahun
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

SYARAT KELAYAKAN ISTERI (PENERIMA)

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 75 tahun
  • Perkahwinan didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

JUMLAH BAYARAN / CARUMAN

Suami boleh membuat

  • pindahan 2 peratus (2%) caruman syer ke akaun KWSP isteri

Permohonan adalah sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.

PENTING! Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.

CARA PERMOHONAN

Terdapat 2 cara kaedah permohonan i-Sayang ini iaitu

1. Melalui i-Akaun Ahli

2. Walk in ke pejabat KWSP beserta Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang lengkap diisi.

Sumber : kwsp.gov.my

Leave a Comment