Menjaga kebajikan rakyat adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh pihak kerajaan. Oleh hal demikian melalui Kerajaan Perpaduan ini pelbagai jenis inisiatif dan bantuan yang disalurkan kepada rakyat.
Antaranya termasuklah sebuah bantuan untuk keluarga kategori B40 berjumlah RM 1,500. Semak kelayakan anda di bawah.
BANTUAN KELUARGA KATEGORI B40 RM 1,500
B40 merupakan antara golongan yang sentiasa dibantu oleh pihak kerajaan. Golongan B40 adalah isi rumah yang berpendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah.
Oleh itu, melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) golongan B40 ini berpeluang terima bantuan RM 1,000, RM 1,500, RM 2,000 dan RM 2,500.
JUMLAH BANTUAN STR 2023
Sekiranya anda merupakan isi rumah B40 anda berhak menerima bantuan kewangan maksimum RM 2,500 mengikut tanggungan. Berikut adalah jumlah bantuan
Kategori Isi Rumah B40
- Tiada anak – RM 1,000
- 1-2 – RM 1,500
- 3-4 – RM 2,000
- 5 dan ke atas – RM 2,500
Kategori Isi Rumah M40
- Tiada anak – RM 500
- 1-2 – RM 650
- 3-4 – RM 1,000
- 5 dan ke atas – RM 1,250
Warga Emas Sebatang Kara B40 & M40
- RM 600
Bujang OKU B40 (19-59 Tahun) & Bujang B40 (21-59 Tahun)
- RM 350
BANTUAN TAMBAHAN STR
Untuk pengetahuan anda, kerajaan turut mengumumkan bantuan tambahan berjumlah RM 600.
Bantuan tersebut adalah berbentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.
Ia hanya layak kepada penerima STR 2023 yang merupakan golongan isi rumah MISKIN TEGAR iaitu berpendapatan bulanan RM 1,169 dan ke bawah.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk info lanjut, anda boleh terus rujuk ke portal rasmi STR 2023.
Selain itu, anda turut boleh hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berhampiran anda untuk pertanyaan lanjut atau untuk permohonan baharu dan kemaskini.
Permohonan baharu dan kemaskini maklumat turut boleh dilakukan secara online.