Rasmi : STR Fasa 2 Dibayar 5 April Ini – Cepat Semak !

Berita baik, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan tarikh bayaran STR Fasa 2 melalui Facebook rasmi beliau.

“Selain itu, khabar gembira juga disampaikan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan disalurkan mulai 5 April, di mana bayaran sehingga RM200 kepada setiap penerima STR. Sejumlah RM1.26 bilion diperuntukkan untuk Fasa 2 STR,”

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Bermula 2023, sebuah bantuan yang dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilancarkan untuk pengagihan kepada rakyat Malaysia.

Bantuan kewangan tersebut akan dibayar dalam empat fasa iaitu pada Januari, April, Julai dan November 2023. Sementara itu, jumlah maksimum adalah RM 2,500 dan minimum RM 350.

TARIKH BAYARAN STR FASA 2

Mengikut daripada pengumuman oleh Perdana Menteri mengenai tarikh bayaran STR Fasa 2 di atas.

Secara rasminya pembayaran STR Fasa 2 akan dilaksanakan mula 5 April dan semua kategori bermula daripada isi rumah, warga emas dan bujang akan dibayar.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2

Jumlah maksimum STR Fasa 2 adalah RM200 sahaja. Ramai rakyat yang berharap agar pembayaran STR Fasa 2 ditingkatkan untuk persediaan Ramadan serta Hari Raya.

ISI RUMAH B40 DAN M40

  • RM 200 – 0 ANAK
  • RM 200 – 1 HINGGA 2 ANAK
  • RM 200 – 3 HINGGA 4 ANAK
  • RM 200 – 5 ORANG KE ATAS

WARGA EMAS

  • RM 100

BUJANG DAN BUJANG OKU

  • RM 100

CARA BAYARAN

Pembayaran akan dilaksanakan dalam 2 kaedah sama seperti sebelum ini.

AUTOMATIK KE AKAUN BANK

  • Pembayaran terus dikreditkan ke akaun bank anda yang telah anda daftar atau kemaskini (jika terdapat perubahan)

TUNAI MELALUI BSN

  • Sekiranya anda tidak mempunya kad bank atau gagal kredit, anda boleh menerima bayaran tunai melalui kaunter BSN berdekatan lokasi anda

Leave a Comment