Mohon Sekarang Bantuan Sehingga RM 3100 Sebelum 1 April Ini – Semak Sekarang

Kebajikan rakyat terus diambil peduli oleh pihak Kerajaan Perpaduan. Oleh hal demikian, pelbagai bantuan serta inisiatif telah dilancarkan oleh pihak kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat.

Salah satunya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 yang disalurkan kepada rakyat yang layak.

BANTUAN SEHINGGA RM 3100

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kembeli diteruskan untuk membantu rakyat yang berkeperluan.

Bayaran maksimum sehingga RM 3,100 termasuk bantuan tambahan bagi kategori yang layak.

Pembayaran STR 2023 akan dilaksanakan melalui empat fasa bayaran.

PERMOHONAN DIBUKA HINGGA 31 MAC

Bagi rakyat Malaysia yang belum membuat permohonan baharu STR 2023 sila buat permohonan sekarang sebelum tarikh tutup.

Mudah sahaja untuk membuat permohonan, anda boleh lakukan melalui laman web rasmi STR 2023 atau terus ke pejabat LHDN berdekatan anda.

Sekiranya layak, anda bakal terima jumlah bantuan berdasarkan kelayakan anda.

JUMLAH BANTUAN KEWANGAN

Untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 ini, bantuan berbentuk kewangan maksimum RM 2,500 bagi kategori isi rumah yang layak.

Bujang pula bakal terima maksimum RM 350 dan warga emas sebatang kara pula akan terima RM 600 seorang.

BANTUAN TAMBAHAN RM 600

Selain daripada bantuan kewangan RM 2500, kerajaan turut menambah bantuan tambahan RM 600 bagi isi rumah kategori Miskin Tegar sahaja.

Bantuan ini adalah berbentuk sumbangan dan baucar bakul makanan. Ia mula diberikan pada bulan Julai hingga Disember tahun ini.

TARIKH BAYARAN STR FASA 2

Kepada penerima sedia ada, berita baik untuk anda pembayaran STR Fasa 2 bakal dilaksanakan pada 5 April 2023 iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat kepada setiap rakyat yang layak.

Leave a Comment