Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya (BKKA) 2023 kepada penerima yang layak yang diawalkan kepada 14 April 2023 ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Zulkapli Mohamed memaklumkan melalui surat rasmi pada Isnin bahawa pertukaran tarikh itu dibuat sebagai pertimbangan untuk membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan membuat persiapan untuk sambutan itu dalam masa terdekat.
BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2023
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Penjawat Awam merupakan bantuan hari raya untuk menghargai penjawat awam atas jasa dan pengorbanan dalam berkhidmat kepada negara.
Pengumuman pembiayaan khas Aidilfitri merupakan salah satu langkah yang diberi tumpuan kerajaan untuk membantu mereka membuat perancangan dan persiapan awal menyambut hari raya.
TARIKH PEMBAYARAN
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 akan disalurkan kepada penjawat awam yang layak pada April 2023 ini.
Bayaran ini biasanya dikreditkan sekali dengan gaji/emolumen untuk bulan tersebut.
Gaji akan dibayar pada 17 April 2023, merujuk kepada jadual pembayaran gajii bulanan tetapi kerajaan bersetuju untuk mengemukakan tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKKA) Hari Raya 2023 kepada penjawat awam dan pesara kerajaan kepada 14 April 2023.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN
Penjawat Awam – GRED 56 DAN KE BAWAH termasuk Pegawai Sambilan Harian, kakitangan di bawah skim Contract of Service, serta lantikan di bawah MyStep
- Terima RM 700
Pesara Kerajaan
- Terima RM 350
KAEDAH PEMBAYARAN
Pembayaran bantuan akan terus dikreditkan kepada yang layak melalui nombor akaun bank masing-masing.
Tiada permohonan diperlukan.