Sebuah bantuan khas tambahan RM 200 mula dikreditkan kepada rakyat Malaysia yang pada 10 April lalu.
Para pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan menzahirkan kesyukuran dengan berita gembira pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM 200 ini.
BANTUAN TAMBAHAN RM 200
Bantuan kewangan khas Aidilfitri kepada pesawah dan nelayan sebanyak RM 200 seorang akan dibayar pada 10 April 2023.
“Pemberian bnatuan khas sebanyak RM 200 kepada pesawah dan nelayan ini dijangka akan dapat memanfaatkan seramai 240,000 orang pesawah dan 38,500 orang nelayan di seluruh negara.
PENGUMUMAN BANTUAN TAMBAHAN
Pada 29 Mac lepas, Perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembekalan 2023 Bacaan Kali Kedua di Dewan Negara telah mengumumkan bayaran bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 kepada setiap nelayan, pesawah padi dan pekebun kecil getah.
JUMLAH BANTUAN
Bayaran berjumlah RM 200 dan akan dibayar secara one-off kepada
- Nelayan
- Pesawah padi
- Pekebun kecil getah
TARIKH BAYARAN
Pembayaran secara rasmi bermula pada 10 April lalu. Pembayaran adalah secara berperingkat kepada setiap penerima yang layak terima bantuan berkenaan.
Permohonan tidak dibuka untuk penerima bantuan khas ini.