Bantuan I-Fitri RM 300 Akan Dibayar Secara One-Off Kepada Rakyat Malaysia

Untuk makluman, permohonan bantuan i-Fitri untuk rakyat Negeri Terengganu yang menetap di negeri tersebut telah ditutup pada 31 Mac 2023. Bagaimanapun, permohonan untuk i-Fitri PERANTAU iaitu kepada rakyat Terengganu yang menetap diluar masih dibuka hingga 20 April ini.

Bantuan khas i-Fitri ini merupakah salah satu inisiatif yang ditawarkan dan membantu rakyat untuk menyambu hari raya Aidilfitri 2023.

PERMOHONAN I-FITRI 2023

Bantuan i-Fitri 2023 terbahagi kepada dua iaitu

  1. Untuk penduduk Negeri Terengganu yang menetap di negeri tersebut. Permohonan untuk kategori ini telah ditutup pada 31 Mac lepas
  2. Untuk rakyat Terengganu tetapi menetap di luar negeri selain Terengganu (Perantau). Permohonan bantuan ini masih dibuka hingga 20 April

Untuk makluman, bantuan ini adalah sebuah insentif berbentuk bantuan tunai yang diberikan secara one-off. Ia sebagai persiapan untuk menyambut Aidilfitri tahun ini.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN

Pemohon yang layak bakal menerima bayaran bantuan berjumlah

  • RM 300 bagi setiap 1 isi rumah sahaja
  • Pembayaran yang dilaksanakan adalah secara one-off atau sekali bayar

TARIKH BAYARAN

Melalui pengumuman yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu, pembayaran i-Fitri bagi kategori rakyat Terengganu yang menetap di negeri tersebut akan bermula pada

  • 17 April 2023
  • Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun yang didaftarkan

CARA PERMOHONAN I-FITRI PERANTAU

Sedia maklum, permohonan i-Fitri untuk perantau masih dibuka hingga 20 April ini.

Bagi isi rumah warga Terengganu yang menetap di luar Terengganu boleh membuat permohonan secara online terus melalui portal rasmi i-Bantuan

Leave a Comment