Bantuan Kewangan Aidilfitri RM1,500 Dikreditkan Kepada Rakyat

Bantuan Kewangan Aidilfitri RM1,500 Dikreditkan Kepada Rakyat. Sebuah bantuan khas sempena Hari Raya berjumlah RM1,500 akan disalurkan sebelum perayaan tersebut.

Bantuan khas ini adalah berbentuk tunai ringgit yang akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing.

BANTUAN KEWANGAN RM1,500

Sebelum kita terus ke topik utama, sukacita dimaklumkan bahawa pemberian bantuan khas kewangan ini adalah daripada Kerajaan Negeri Johor. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Kadar bantuan kewangan hari raya ini adalah berjumlah setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 bagi setiap penjawat awam.

SENARAI PENERIMA

Pemberian bantuan khas ini akan memanfaatkan sekitar 17,000 penjawat awam negeri Johor.

Oleh hal demikian, setiap penjawat awam negeri Johor akan menerima manfaat di atas.

TARIKH BAYARAN

Pembayaran telah dikreditkan kepada setiap penjawat awam.

CARA BAYARAN

Kaedah bayaran adalah sama seperti kaedah penggajian iaitu secara terus ke akaun bank yang didaftarkan. Tiada penerimaan secara tuntutan tunai diperlukan.

CARA PERMOHONAN

Tiada permohonan diperlukan bagi bantuan khas kewangan tersebut.

Leave a Comment