Bantuan Kewangan Berjumlah RM 480

 

Artikel di bawah akan ialah tentang bantuan atau insentif yang berjumlah RM 480. Sila baca sehingga habis untuk mengetahui semua informasi penting mengenai bantuan tersebut agar anda tahu cara untuk membuat permohonan dan syarat kelayakan yang diperlukan.

BANTUAN i-SURI KWSP

i-Suri KWSP tetap diteruskan demi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah untuk mengiktiraf pengorbanan mereka.

JUMLAH BANTUAN YANG DIBERIKAN 

Berikut ialah penerangan lanjut mengenai jumlah bantuan, sila rujuk

  • Pembayaran adalah sebanyak RM 480, pembayaran bermula sejak tahun 2019 sehingga kini
  • Pembayaran RM 480 adalah setiap tahun bukan setiap bulan
  • Untuk pengetahuan anda, bantuan kematian turut disediakan sebanyak RM 2,500
  • Penerima i-Suri juga akan menerima dividen tahuan seperti pencarum KWSP lainnya
  • Bantuan hilang upaya turut disediakan
SYARAT KELAYAKAN i-SURI KWSP

Berikut ialah syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP. Sekiranya anda berminat untuk membuat permohonan, sila baca dengan teliti syarat di bawah
  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM 5 sebulan atau RM 60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
SIAPAKAH YANG BOLEH MENCARUM ?
  • Suami bagi pasangan yang layak
  • Diri sendiri iaitu Isteri
CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif ini, anda hanya perlu hadir ke mana-mana kaunter cawangan KWSP berdekatan anda dengan membawa perkara berikut :
  • Kad Pengenalan
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Borang i-Suri – KWSP 16G(M) (PENDAFTARAN KALI PERTAMA SAHAJA) : MUAT TURUN BORANG
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (SEMASA PEMBAYARAN) :                               MUAT TURUN BORANG
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan terdahulu telah memperuntukkan RM 20 juta untuk menjayakan program ini.
Caruman ini akan melibatkan seramai 359,065 wanita yang berdaftar dengan sistem e-Kasih.
PEMBAYARAN CARUMAN

Bagi melayakkan suri rumah untuk mendapat RM 40 sebulan, caruman individu hendaklah dibuat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum RM 5 sebulan atau RM 60 setahun.

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui tiga kaedah seperti berikut :
  1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  2. Tunai atau cek di kaunter pandel bank KWSP seperti Public Bank, BSN, Maybank dan RHB
  3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank
SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN

Berikut ialah cara untuk membuat semakan status

Leave a Comment