Bantuan Kewangan RM 200 Dibayar Pada 5 April Ini – Semak Kelayakan Anda

Pelbagai jenis bantuan kerajaan akan disalurkan pada tahun ini lebih-lebih lagi pada bulan April ini contohnya bantuan khas Aidilfitri dan lain-lain.

Antara bantuan kewangan yang turut dibayar adalah STR Fasa tu, sebuah bantuan kewangan RM200 yang dibayar pada 5 April ini.

BANTUAN KEWANGAN STR FASA 2

Pembayaran STR Fasa 2 akan dilaksanakan dalam masa terdekat iaitu pada 5 April 2023. Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembayaran bantuan ini merupakan pembayaran kedua daripada empat peringkat secara keseluruhannya.

Tujuan utama pembayaran pemberian serta pembayaran bantuan ini adalah untuk terus membantu serta menjaga kebajikan rakyat.

SEMAK KELAYAKAN ANDA – STR FASA 2

Pembayaran STR Fasa 2 akan diberikan tidak lama lagi. Berikut adalah kelayakan penerima untuk bayaran STR Fasa 2 kali ini

Pembayaran STR Fasa 2 layak diberikan kepada

  • Penerima STR kategori isi rumah berpendapatan RM 0 – RM 5,000
  • Kategori Warga Emas berumur 60 tahun ke atas
  • Penerima Bujang dan Bujang OKU turut bakal terima bayaran STR Fasa 2

Secara amnya, kesemua penerima STR bakal menerima pembayaran Fasa 2 kali ini.

JUMLAH BANTUAN

Amaun bayaran STR Fasa 2 akan dibayar mengikut kategori masing-masing, berikut adalah jumlah bayaran STR Fasa 2

RM 200

  • Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM 0 – RM 2,500
  • Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM 2,501 – RM 5,000

RM 100

  • Kategori Warga Emas Sebatang Kara
  • Kategori Bujang
  • Kategori Bujang OKU

TARIKH BAYARAN STR FASA 2

Pembayaran STR FASA 2 dilaksanakan pada 5 April. Pembayaran adalah secara berperingkat tetapi pemegang akaun bank BSN akan terima bayaran terlebih dahulu. Kemudian, baru pemegang bank-bank lainnya.

Bagi yang tiada akaun bank, anda boleh mengambil bayaran tunai melalui kaunter BSN berdekatan anda.

Leave a Comment