Bantuan Kewangan RM100 Untuk Kategori Bujang. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan dalam 4 kali pembayaran bagi tempoh setahun.
Setelah sekian lama rakyat menunggu pembayaran, akhirnya bayaran STR Fasa 2 mula dikreditkan secara berperingkat pada 3 April 2024.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kembali diteruskan bagi tahun kedua dengan penambahan bantuan asas berjumlah RM600.
Bantuan STR ini akan memfokuskan setiap isi rumah, bujang atau individu yang tiada pasangan yang berada dalam kategori miskin tegar, B40 dan M40.
STR FASA 2 DIBAYAR SEBELUM HARI RAYA
Secara rasmi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan mula dikreditkan pada 3 April 2024 sehingga 9 April 2024.
Setakat ini, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024. Jumlah ini dijangkakan akan bertambah sehingga 9 juta penerima.
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran secara tunai melalui cawangan BSN boleh diterima bermula 3 April.
JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KELAYAKAN
Jumlah bayaran adalah berbeza mengikut kategori. Ini adalah jumlah bayaran yang kami terima berdasarkan posting Kementerian Kewangan.
1. Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)
- RM 150 – Tiada anak
- RM 300 – 1-2 anak
- RM 500 – 3-4 anak
- RM 650 – 5 ke atas
2. Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
- RM 100 hingga RM 300
3. Warga Emas Tiada Pasangan
- RM 150
4. Bujang
- RM 100
CARA BAYARAN
Sama seperti STR sebelum ini, terdapat 2 cara bayaran iaitu
- Bayaran bantuan akan terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan
- Sekiranya tidak mempunyai akaun bank atau terdapat masalah dengan akaun bank, pembayaran akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).