Terdapat sebuah bantuan khas RM 100 untuk orang bujang. Bantuan tersebut telah dimulakan pembayarannya secara berperingkat. Anda ingin tahu apakah bantuan itu ? Sila semak artikel di bawah.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Bantuan tersebut adalah Sumbangan Tunai Rahmah. STR FASA 1 adalah sebuah bantuan berbentuk kewangan yang diberikan kepada rakyat daripada pihak kerajaan. Sebelum ini ia dikenali sebagai Bantuan Tunai Rakyat 2023.
Objektif utama bantuan ini adalah untuk membantu rakyat yang berkeperluan. Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah ini telah diawalkan kerana rakyat sedang hadapi musim tengkujuh.
JADUAL BAYARAN MENGIKUT BANK
Berikut adalah jadual pembayaran mengikut jenis bank-bank anda
- Bank Simpanan Nasional (BSN) – Pembayaran pertama bermula 15 Januari 2023 hingga kini
- Maybank – Pembayaran bermula pada 17 Januari
- Public Bank – Bermula 17 Januari
- CIMB Bank – Bermula 17 Januari
- Bank Islam- Bermula 17 Januari
- Lain-lain bank – 17 Januari dan hari-hari seterusnya
BANTUAN KHAS RM 100 KEPADA ORANG BUJANG
Berikut ada jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 mengikut kategori :
Bagi orang bujang, mereka akan terima bantuan one-off RM 100. Manakala untuk isi rumah akan terima bantuan RM 300 dan warga emas tiada pasangan turut bakal terima RM 100.
PEMBAYARAN SECARA TUNAI
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah turut dilaksanakan secara tunai sama seperti Bantuan Keluarga Malaysia 2022. Pembayaran ini hanya terbuka kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau bank tidak aktif.
Caranya ? Anda hanya perlu ke mana-mana Bank Simpanan Nasional (BSN), serahkan Kad Pengenalan di kaunter dan anda bakal terima bayaran tunai tersebut sekiranya anda layak.