Sebuah Bantuan Dinaikkan Kepada RM 800 Seorang

Terdapat sebuah bantuan telah dinaikkan kepada RM 800 seorang. Ia adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) telah dinaikkan untuk membantu rakyat yang terjejas.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Bantuan Musim Tengkujuh adalah sebuah bantuan yang membantu pekebun kecil yang berhadapan dengan musim tengkujuh atau lebih dikenali sebagai musim hujan atau monsun.

Pihak kerajaan sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pematauan supaya tiada pekebun yang tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

BANTUAN DINAIKKAN KEPADA RM 800

Bantuan Musim Tengkujuh asalnya berjumlah RM 600. Kini ia telah dinaikkan oleh pihak kerajaan kepada RM 800 bagi setiap pekebun yang layak.

PEMBAYARAN BANTUAN

Pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh akan dilakukan sebanyak empat kali. Pembayaran RM 200 setiap bulan bagi tempoh empat bulan menjadikan jumlah keseluruhan RM 800.

Tarikh bayaran bantuan akan diketahui kelak.

KELAYAKAN PARA PEKEBUN

Ini adalah syarat kelayakan bagi pekebun kecil sekiranya ingin membuat permohonan

1)Pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana agensi hendaklah sediakan dokumen seperti berikut

  • Kad Pengenalan pemohon – Asal & Salinan
  • Geran tanah – Asal & Salinan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif

2)Pemohon penoreh bukan pemilik perlu menyediakan dokumen seperti berikut

  • Kad Pengenalan pemohon – Asal & Salinan
  • Kad Pengenalan pemilik tanah – Salinan sahaja
  • Geran lot yang ditoreh – Salinan
  • Buku akaun bank yang aktif – Salinan
  • Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G – Salinan
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah

MAKLUMAT LANJUT

Sebrang maklum lanjut serta pertanyaan, anda boleh terus layari laman web rasmi BMT di https://pekebunkecilmakmur.com.my/

Leave a Comment