Bantuan MyKad RM100 Dikreditkan Setiap Bulan

Bantuan MyKad RM100 Dikreditkan Setiap Bulan. Sumbangan Tunai Rahmah Tambahan RM 1,200 Untuk Rakyat. Bantuan bernilai RM1,200 akan dikreditkan dalam MyKad bermula 2024.

Bagi SARA 2024 terdapat penambahan bantuan berbanding tahun ini. Untuk info lanjut sila rujuk maklumat di bawah.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa bantuan SARA akan diteruskan bagi edisi 2024. Ia dinyatakan ketika pembentangan Bajet 2024, bulan Oktober lepas.

Selain itu, jumlah bantuan turut bertambah daripada RM 600 kepada RM1,200 bagi setiap penerima.

KAEDAH PENEBUSAN

Program ini menawarkan bantuan RM 1,200 dibayar RM 100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan. Ini bermakna penerima akan terima RM100 setiap bulan.

Nama dan nombor MyKad penerima yang layak direkodkan dan boleh menggunakan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima.

Walau bagaimanapun, untuk penerima dari Sabah, Sarawak dan Labuan pembayaran adalah secara tunai dan telah dikreditkan pada Februari lepas.

BANTUAN STR TAMBAHAN

Jumlah STR Tambahan mengikut jumlah tanggungan/anak bagi setiap isi rumah

  • 0 Anak – RM 1,200
  • 1-2 Anak – RM 1,200
  • 3-4 Anak – RM 1,200
  • 5 Dan Ke Atas – RM 1,200

SYARAT KELAYAKAN SARA 2024

Sama seperti SARA 2023, bukan semua penerima isi rumah STR 2024 layak untuk terima bantuan tambahan ini. Berikut adalah kategori yang layak terima bantuan berkenaan

  • Kategori isi rumah miskin tegar
  • Pendapatan bulanan adalah RM 1,169 dan ke bawah sahaja
  • Penerima STR 2023
  • Tiada had umur

Sekiranya anda merupakan golongan miskin tegar dan telah membuat pendaftaran e-Kasih, anda layak untuk menerima bantuan diatas.

TARIKH PEMBAYARAN BERMULA

Pembayaran bagi bulan April telah bermula bagi setiap penerima yang layak. Manakala, bayaran bagi Mei 2024 turut akan bermula pada awal bulan.

Leave a Comment