Bantuan RM 500 Sebulan Yang Anda Boleh Cuba Mohon Dan Dapat

 

RM 500 Sebulan Yang Anda Boleh Cuba Mohon Dan Dapat

Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM ditubuhkan oleh kerajaan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.


Pelbagai bantuan yang telah disalurkan oleh JKM kepada masyarakat yang berkeperluan dan layak untuk menerima sesuatu bantuan.

Contohnya, bantuan yang diberi oleh JKM ialah untuk golongan kanak-kanak, warga tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Berikut merupakan bantuan JKM sebanyak RM 500 kepada rakyat Malaysia yang layak.

BANTUAN WARGA EMAS / ORANG TUA

Warga emas merupakan antara golongan yang sentiasa diambil berat oleh pihak kerajaan. Oleh itu, bantuan untuk warga emas turut terdapat bagi pihak JKM. 

Bantuan ini sudah tentu untuk meringankan beban warga emas menyara kehidupan mereka dikala sudah tidak larat untuk keluar mencari rezeki. 

JUMLAH BANTUAN

Untuk pengetahuan anda, penambahan kadar bantuan untuk warga emas telah dilaksanakan pada awal tahun ini. Oleh itu, jumlah bayaran bantuan lebih tinggi berbanding tahun lepas dan sebelumnya.

Penambahan bantuan daripada RM 350 kepada RM 500 telah diluluskan pada Belanjawan 2021 lalu.
  • Kepada penerima bantuan warga emas, anda akan menerim bantuan sebanyak RM 500 sebulan 
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN


Berikut merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk menerima bantuan di atas
  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di Malaysia
  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Warga emas tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma atau
  • mana-mana kes yang layak dipertimbangkan
  • Berpendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Per Kapita
CARA UNTUK MOHON

Berikut merupakan panduan untuk membuat permohonan

LANGKAH 1 

Anda perlu layari laman web JKM disini untuk pendaftaran 
Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian

Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B

Setelah isi, pastikan butiran yang diisi ialah sahih dan klik butang ‘Keputusan’.

LANGKAH 2
  1. Pemohon atau wakil perlu hadir ke mana-mana pejabat JKM yang anda telah mohon secara online di atas
  2. Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari daripada hari permohonan online
  3. Anda perlu hadir bersama borang permohonan yang anda perlu isi dan muat turun di bawah
DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Sebelum hadir ke mana-mana pejabat JKM anda perlu sediakan dan bawa beberapa dokumen penting ke pejabat JKM
  • Salinan MyKad Pemohon
  • Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama pemohon
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akaun pendaftaran jika bekerja sendiri / tidak bekerja
  • Salah satu bil utiliti seperti bil air, elektrik atau astro yang menunjukkan alamat rumah
  • Mana-mana dokumen lain yang dirasa perlu di bawa selain dokumen di atas

Leave a Comment