Bantuan Simpanan RM 1,000 Untuk Anak Yang Lahir Bermula 2019

Bantuan Simpanan RM 1,000 Untuk Anak Yang Lahir Bermula 2019



Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah mewujudkan satu bantuan kewangan RM 1,000 untuk anak sehingga berumur 18 tahun dikenali sebagai Endowment Fund Sarawak (EFS).

APA ITU ENDOWMENT FUND SARAWAK (EFS)

EFS merupakan simpanan untuk anak kelahiran Sarawak yang bertujuan membantu anak Sarawak sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi, memulakan kerjaya atau modal perniagaan kecil-kecilan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EFS

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Sarawak :
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
  • Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa pemgenang MyKAD berstatus “K”; dan (iv). Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran
  • Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran bayi atau 1 tahun selepas kelahiran bayi

KATEGORI ANAK ANGKAT

Sekiranya anda mempunyai anak angkat, berikut adalah kelayakan yang diperlukan :
  • Kedua-dua ibu bapa atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus “K”
  • Mempunyai Sijil Anak Angkat yang sah

JUMLAH BANTUAN SEHINGGA 18 TAHUN

Pemberian bantuan di dalam program Endowment Fund Sarawak ini adalah berjumlah
  • RM 1,000
  • Nilai RM 1,000 ini adalah berbentuk simpanan sahaja

TARIKH PENGELUARAN

Jumlah bantuan RM 1,000 tersebut boleh dikeluarkan apabila anak berumur 18 tahun sahaja.

CARA PERMOHONAN BANTUAN EFS

Permohonan EFS boleh dibuat dimana-mana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak dengan membawa dokumen yang disahkan oleh pihak JPM
  • Borang Permohonan EFS – MUAT TURUN
  • Salinan sijil kelahiran bayi
  • Salinan MyKad/Biometrik ibu bapa berstatus “K”
Bantuan Kewangan RM 1,000 Untuk Anak Sehingga Berumur 18 Tahun

Leave a Comment