Bantuan STR TAMBAHAN Berjumlah RM 600 Bagi Isi Rumah Yang Layak

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat lalu.

Antara aspek yang dititikberatkan oleh kerajaan adalah mengenai kos sara hidup rakyat. Oleh itu, melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan tambahan berjumlah RM 600.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2023

Sumbangan Tunai Rahmah adalah sebuah bantuan kerajaan yang dilancarkan pada tahun ini untuk meneruskan inisiatif kerajaan sebelum ini.

Pembayaran STR akan dilaksanakan sebanyak 4 peringkat bermula bulan Januari lepas.

BANTUAN TAMBAHAN STR RM 600

Pada pengumuman Bajet 2023 lepas, kerajaan bersetuju untuk menambah sebuah bantuan tambahan di dalam Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bayaran Tambahan STR bernilai RM 600 itu akan diberikan kepada setiap isi rumah STR TERMISKIN mengikut data e-Kasih.

JUMLAH STR 2023

Jumlah keseluruhan STR maksimum RM 2,500 bagi kategori yang layak.

Tetapi, sekiranya ia ditambah dengan bantuan tambahan RM 600 tersebut, jumlah penuh bantuan adalah RM 3,100 untuk penerima yang berkelayakan.

Manakala, bagi warga emas sebatang kara, berumur 60 tahun ke atas akan terima bantuan RM 600. Seterusnya untuk bujang dan bujang OKU turut akan terima bantuan RM 350.

BANTUAN BERNILAI RM 600 BUKAN BERBENTUK KEWANGAN

Bantuan tambahan RM 600 yang bakal disalurkan kepada penerima yang layak tersebut adalah sebuah baucar barangan asas dan sumbangan bakul makanan yang berjumlah RM 600.

Untuk pengetahuan anda, ia bukanlah sebuah bantuan kewangan. Jadi sekiranya anda layak terima kedua-dua jenis bantuan, bantuan kewangan anda bakal terima RM 2,500 dan sumbangan bakul makanan RM 600.

Leave a Comment