Senarai Kategori KWSP Yang Dibenarkan Untuk Pengeluaran

Dalam usaha untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Dalam hal KWSP pula, lebih kurang 4 pengeluaran khas yang diluluskan oleh pihak kerajaan pada tempoh pandemik lepas antaranya i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan Pengeluaran Khas 2022.

Walaupun pengeluaran KWSP bersasar belum diluluskan, terdapat kategori KWSP yang dibenarkan untuk pengeluaran secara sebahagian. Sila semak di bawah

BERUMUR 50 TAHUN

Anda boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda

PENDIDIKAN

Pendidikan yang berkualiti merupakan kunci kepada kestabilan kerjaya sekali gus membina kehidupan yang lebih selesa untuk ahli dan keluarga ahli.

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada AKAUN 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan, anak-anak atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

BELI RUMAH

Kebanyakan kita, herga hartanah yang melonjak tinggi memusnahkan impian untuk memiliki rumah. Sebab itu, keputusan untuk membeli hartanah merupakan keputusan yang besar bagi ahli dan merealisasikan persaraan yang selesa, pihak KWSP membenarkan ahli membuat pengeluaran Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah.

PEMBIAYAAN HAJI

Ahli yang beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tambung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

KESIHATAN

KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

Sumber : Laman Web Rasmi KWSP

Leave a Comment