Bantuan Tambahan : Bayaran Tambahan RM600 Untuk Kategori Ini

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) antara bantuan kerajaan yang dilancarkan pada tahun ini. Selain daripada itu, terdapat pelbagai lagi jenis bantuan dan inisiatif yang diberikan kepada rakyat.

Antaranya adalah sebuah bantuan tambahan STR berjumlah RM600 dilancarkan untuk beberapa kategori yang layak.

STR TAMBAHAN

Pada pembentangan Belanjawan Madani 2023 Februari lalu, Perdana Menteri telah umumkan sebuah bantuan di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Ia dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) TAMBAHAN. Tujuan utama pelaksanaan bantuan tambahan ini untuk terus membantu isi rumah yang lebih memerlukan.

JUMLAH BANTUAN

Menurut informasi terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, jumlah keseluruhan STR Tambahan ini adalah RM600 bagi setiap isi rumah yang layak.

Manakala, pengagihan bantuan akan dilaksanakan secara bulanan.

KATEGORI YANG LAYAK TERIMA

Bukan semua penerima STR 2023 layak untuk terima STR Tambahan RM600 ini. Sila semak kelayakan anda di bawah sama ada anda layak terima atau tidak

  • Merupakan penerima STR 2023 dan
  • Tersenarai sebagai Isi Rumah Miskin Tegar dalam rekod e-Kasih
  • Miskin Tegar adalah isi rumah berpendapatan bulanan RM1,169 dan ke bawah sahaja
  • Tiada had umur

TARIKH BAYARAN

Pengagihan bantuan tambahan ini akan dilakukan secara bulanan. Sebelum itu, anda perlu tahu adalah STR Tambahan ini adalah bantuan berbentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan asas sahaja.

Pengagihan bantuan bakal bermula pada Julai sehingga Disember tahun ini. Setiap bulan pemberian bantuan adalah berjumlah RM100 menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM600 untuk tempoh 6 bulan.

Leave a Comment