Bantuan Tambahan KWSP RM 500 Diberikan Kepada Rakyat

Pada pembentangan Belanjawan 2023 pada Februari lepas, Kerajaan Madani mengumumkan pelbagai jenis inisiatif yang diberikan kepada rakyat.

Melalui Bajet 2023 berkenaan, Kerajaan telah bersetuju akan memberi bantuan tambahan KWSP RM 500 dan akan diberikan kepada rakyat.

BANTUAN TAMBAHAN KWSP RM RM 500

Pada sesi pembentangan Belanjawan 2023, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberi caruman tambahan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) SEBANYAK RM 500 ke Akaun 1 pencarum.

Tetapi bukan semua rakyat layak terima bantuan terbabit, sila semak syarat kelayakan di bawah.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan bagi siapa yang layak terima bantuan tambahan terbabit

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 40 hingga 54 tahun
  • Simpanan KWSP kurang daripada RM 10,000

UNTUK SIMPANAN HARI TUA

Bantuan tambahan RM 500 tersebut merupakan antara usaha kerajaan untuk rakyat membina semula simpanan bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan.

Perdana Menteri berkata kerajaan turut berharap agar rakyat yang mempunyai simpanan mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan pencarum mendapat manfaat.

TARIKH PENGELUARAN BANTUAN TAMBAHAN

Bantuan tambahan RM 500 tersebut hanya boleh dikeluarkan setelah pencarum mencapai umur matang iaitu pada usia 55 tahun. Ia hanya boleh dikeluarkan bersama amaun pengeluaran penuh yang lain.

Tetapi, sekiranya anda masih berumur 54 tahun dan ke bawah, bantuan tambahan tersebut belum boleh dikeluarkan.

Leave a Comment