Bantuan Tambahan STR Fasa 2 – Semak Sekarang Untuk Info Penuh

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 sudah dikreditkan pada 17 Januari 2023 lalu. Mungkin terdapat segelintir anda tertanya-tanya, adakah bantuan STR turut diberikan sama seperti bantuan lalu.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR

STR 2023 merupakan sebuah bantuan kerajaan yang disalurkan kepada rakyat yang layak. Diberikan kepada rakyat berdasarkan syarat jumlah pendapatan dan tanggungan.

Diluluskan dan meneruskan inisiatif kerajaan lalu untuk membantu rakyat yang sedang hadapi kos sara hidup yang kian meningkat.

BANTUAN TAMBAHAN 2023

Sedia maklum, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 berikan rakyat bantuan tambahan berdasarkan kelayakan masing-masing.

Pemberian bantuan berkenaan telah berikan nafas baharu kepada golongan yang diberikan. Diharapkan pihak Kerajaan Perpaduan yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan inisiatif tersebut untuk menjaga kebajikan rakyat dengan lebih.

BANTUAN TAMBAHAN BPR 2021 DAN BKM 2022

Bantuan Tambahan BPR diberikan pada pertengahan 2021. Jumlah bantuan adalah seperti berikut

  1. RM 500 – Untuk isi rumah berpendapatan RM 0 – RM 2,500
  2. RM 300 – Untuk isi rumah berpendapatan RM 2,501 – RM 4,000
  3. RM 100 – Untuk kategori bujang

Manakala, Bantuan Tambahan BKM 2022 turut diberikan pada pertengahan tahun. Berikut adalah kategori yang layak terima bantuan berkenaan

  1. RM 500 – Untuk isi rumah berstatus ibu / bapa tunggal yang mempunyai anak
  2. RM 300 – Untuk warga emas

BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 2

Sedia maklum, pembayaran bantuan tambahan STR 2023 belum diumumkan setakat ini. Dalam beberapa bulan akan datang, pembayaran STR Fasa 2 bakal dikreditkan. Diharapkan kerajaan menyelitkan bantuan tambahan kepada setiap penerima.

Perkara di atas wajar dilakukan apabila kita melihat keadaan ekonomi yang tidak menentu dan harga barang yang kekal tinggi.

Leave a Comment