[BANTUAN TERKINI] Permohonan Bantuan Ibu Tunggal (BKIT) RM300 Penjana ~ Tarikh Tutup Permohonan 31 Oktober 2020

 

Berita baik untuk ibu tunggal di Malaysia, anda kini boleh membuat permohonan Bantuan Ibu Tunggal atau BKIT sebanyak RM300 secara one-off.


APAKAH ITU BANTUAN IBU TUNGGAL?

Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) adalah merupakan sebuah lagi inisiatif pihak kerajaan untuk membantu meringankan beban ibu tunggal untuk meneruskan kehidupan mereka khususnya mereka yang terkesan akibat daripada penularan wabak covid-19.

Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) telah dilanjutkan sehingga 31 Oktober 2020 untuk memberi peluang kepada lebih ramai golongan ibu tunggal untuk melakukan permohonan.

Bagi ibu tunggal yang layak menerima bantuan ini, sebanyak RM300 secara one-off akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Wanita iaitu merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).


SYARAT KELAYAKAN UNTUK PERMOHONAN

Melalui KPWKM, definisi ibu tunggal adalah perempuan yang berwarganegara Malaysia yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti di bawah:

1. Taraf perkahwinan adalah balu ataupun telah bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.

2.Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.

3. Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak sama ada anak angkat atau anak tidak sah taraf.


CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat dua cara untuk melakukan permohonan bantuan ini iaitu dengan melakukan permohonan secara online dan juga secara manual.


Interface Permohonan Secara Online 

1. Layari portal rasmi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) di sini : https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/index.php

2. Pilih negeri dan isi maklumat yang diperlukan.

3. Sila sertakan bersama segala dokumen sokongan yang telah disahkan (anda perlu scan dan upload dokumen tersebut).

Permohonan Secara Manual

Bagi mereka yang mempunyai masalah untuk melakukan akses internet, anda juga boleh muat turun borang dan melakukan permohonan ini secara manual.


MUAT TURUN BORANG : KLIK DISINI


Contoh Borang

1. Isi dan lengkapkan segala maklumat diri yang diperlukan.
2. Sertakan bersama salinan dokumen sokongan yang telah disahkan.
3. Sila hantarkan borang permohonan yang telah lengkap bersama salinan dokumen sokongan kepada Pejabat Pembangunan Wanita di kawasan yang berhampiran dengan anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi Jabatan Pembangunan Wanita di Talian 03 – 8000 8000 atau melalui email : infojpw@jpw.gov.my

Tarikh akhir bagi melakukan permohonan ini adalah pada 31 Oktober 2020. Sila lakukan permohonan dengan kadar yang segera. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Leave a Comment