Kebajikan penjawat awam terus menerima bantuan ‘durian runtuh’ dengan jumlah keseluruhan mencapai pada tahun 2023.
BANTUAN PENJAWAT AWAM RM 2,500
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz turut memaklumkan bahawa Bonus Aidilfitri 2023 ditetapkan pada kadar RM 600 seorang.
Selain itu, kerajaan turut bersetuju untuk berikan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM 100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56.
Seterusnya, Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 ke bawah sebanyak RM 700 dan 1 juta pesara kerajaan sebanyak RM 350 seorang.
MANFAAT TAMBAHAN
Kerajaan mengurangkan kos pembiayaan bagi penjawat awam yang membeli komputer dan telefon pintar kepada dua peratu setahun pada 2023.
Selain itu, guru telah berkhidmat lebih 10 tahun layak mendapat cuti khas selama 15 hari berbanding lima hari ketika ini. Dijangkakan perkara ini bakal memanfaatkan 500,000 guru.
KESIMPULAN
Bantuan Kewangan Aidilfitri 2023 dinaikkan kepada RM 600 dan bakal dikreditkan pada Mac 2023 depan.
Selain itu, dengan kenaikan gaji tambahan RM 100 serta bantuan khas kewangan RM 700 menjadikan bantuan keseluruhan penjawat awam mencecah RM 2,500 pada 2023.