Tebus Bantuan Hingga RM 400 Yang Dibuka Sehingga Disember 2022

Tebus Bantuan Hingga RM 400 Yang Dibuka Sehingga Disember 2022

 Shopee, Pg Mall, Lazada serta syarikat fizikal berkerjasama dengan Kementerian Tenaga Sumber Asli (keTSA) melancarkan sebuah bantuan kepada pengguna.

PROGRAM SAVE 3.0

Sebelum ini, terdapat Program Save 1.0 dan Save 2.0 dan kini diteruskan dengan Save 3.0 yang merupakan sambungan program sebelum ini.
Pembelian yang dibenarkan adalah hanya untuk barangan elektrik yang menerima label 4 dan 5 bintang sahaja yang disahkan melalui Suruhanjaya Tenaga.

OBJEKTIF BAUCAR

  • Meningkatkan jumlah 4 dan 5 bintang barangan elektrik di pasaran
  • Memberi peluang kepada pelanggan menggunakan barangan bertaraf dengan potongan harga

TARIKH PELAKSANAAN

Pelaksanaan program akan dilalukan sepanjang tahun 2022 ini iaitu bermula Januari sehingga Disember 2022

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan untuk menebus baucar RM 400
  • Warganegara Malaysia
  • Pemilik akaun elektrik domestik berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power sahaja yang layak
  • Penerima Save 2.0 tidak layak terima kategori 1 save 3.0

KATEGORI BAUCAR

Kategori baucar terbahagi kepada 2 yaknin
Kategori 1 : Pembelian Peti Sejuk / Pendingin Hawa (RM 200)
Kategori 2 : Beli TV / Mesin Basuh / Periuk Nasi / Ketuhar / Gelombang Mikro (RM 50 / 100 / 200)

CARA TEBUS BAUCAR

1. Tebus secara dalam talian
  1. Cara Save 3.0 pada aplikasi Shopee / Lazada / PG Mall
  2. Chat dengan penjual untuk semakan kelayakan anda
  3. Sekiranya layak, penjual akan memberikan baucar Save 3.0 kepada anda
  4. Selepas check out barang tersebut, masukkan kod baucar pada bahagian Shope Voucher / Baucar Kedai
2. Tebus Ke Kedai Elektrik
Untuk tebusan secara manual ke kedai elektrik atau pasar raya, anda perlu semak kedai yang terlibat melalui :
  • sila hadir bersama Kad Pengenalan dan bil elektrik untuk membuat penebusan baucar

Leave a Comment