Sedikit info untuk anda semua, pembayaran kelulusan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat dijangka akan dibuat dalam fasa 2.
Bagi fasa pertama pula, kerajaan akan mempercepatkan tarikh pengagihan bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) kepada hujung bulan Februari 2021 daripada April/ Mei yang dijadualkan sebelumnya.
Join Channel Telegram Kami Untuk Segala Info Bantuan: t.me/epermohonan
Bayaran ini akan diterima oleh pemohon sedia ada seperti Bantuan Sara Hidup 2020 (BSH) dan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (Bantuan Prihatin Nasional) termasuklah rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000.
Kami dari Utusan Kerjaya akan kongsikan kepada anda maklumat berkaitan bayaran pertama BPR 2021๐
Cara Daftar Bantuan Prihatin Rakyat Bagi Pengguna Baharu
KENYATAAN RASMI DARI LHDN
Berikut adalah info terkini tentang bayaran fasa pertama BPR 2021 yang dimaklumkan oleh pihak LHDN melalui kenyataan rasmi di portal Bantuan Prihatin Nasional
JUMLAH BAYARAN
1. Kategori Isi Rumah
- RM300
2. Individu Bujang Berumur 21 Tahun-59 Tahun/ OKU Berumur 18-59 tahun
- RM150
KAEDAH PEMBAYARAN
1. Dikreditkan Terus Ke Dalam Akaun Bank Anda
- Dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang lulus dan berjaya kredit ke BSH 2020 dan BPN 2.0 termasuk rayuan.
2. Secara Tunai Melalui Kaunter BSN
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir BSH 2020 atau BPN 2.0 adalah secara tunai.
Jangan terburu-buru, anda masih berpeluang untuk membuat perrmohonan dan kemasikini maklumat anda sehingga 15 Februari 2021. Bagi permohonan mereka yang telah diluluskan BSH 2020 atau BPN 2.0, mereka hanya perlu membuat kemaskini melalui portal rasmi๐
MAKLUMAT LAIN SERTA INFO LANJUT
Untuk mendapatkan info terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila rujuk
- Portal Rasmi BPR LHDNM: https://bpr.hasil.gov.my
- Hotline BPR LHDNM: 1-800-88-2747