Tatacara Permohonan Bantuan i-Suri RM480

 

KWSP- Bantuan i-Suri KWSP kini kembali diteruskan demi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah bagi mengiktitiraf pengorbanan mereka sebagai suri rumah.


Untuk Terus Update, Join Telegram Rasmi Info Semakan & Permohonan: t.me/epermohonan


Kami dari Utusan Kerjaya akan kongsikan kepada anda jumlah kadar bayaran secara keseluruhan.


JUMLAH BANTUAN KESELURUHAN

Berikut dikongsikan jumlah bantuan keseluruhan

  • Pembayaran sebanyak RM480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya termasuk 2021.
  • Tahukah anda, Bantuan Kematian turut disediakan sebanyak RM2,500.
  • Penerima iSuri juga akan menerima dividen tahunan KWSP sama seperti pencarum lain.
  • Bantuan Hilang Upaya turut disediakan.
KRITERIA KELAYAKAN i-SURI KWSP
Kepada sesiapa yang berminat untuk melakukan pendaftaran i-Suri KWSP ini, anda perlulah mempunyai kelayakan yang telah ditetapkan, antaranya
  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar di bawah eKasih
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR) 

SIAPA YANG BOLEH MENCARUM?

  • Suami bagi pasangan yang layak
  • Diri sendiri (isteri)
BORANG PENDAFTARAN & CARA PERMOHONAN
Bagi anda yang memenuhi syarat dan hendak memohon inisiatif ini, anda perlulah hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa MyKad serta dua borang berikut: 
  1. Borang i-Suri – KWSP 16G(M) BORANG (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  2. Borang i-Suri – KWSP 6A(2) BORANG (Semasa pembayaran)
Bekas timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan Pakatan Harapan telah memperuntukkan RM20 juta bagi menjayakan program ini.
Caruman ini akan melibatkan 359,065 wanita yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih.

PEMBAYARAN CARUMAN
Bagi melayakkan suri rumah untuk mendapat RM40 sebulan, caruman individu hendaklah dibuat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum RM5 sebulan atau Rm60 setahun.
Pembayaran caruman boleh dibuat melalui tiga kaedah berikut:
  1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, BSN dan RHB Bank.
  3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.
PERINGATAN!
  • Pemohon hendaklah berdaftar dalam sistem e-Kasih. Ini termasuklah isteri dan ketua isi rumah wanita (Balu, bercerai ataupun bujang)
SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN i-SURI
  1. Anda perlu layari portal rasmi e-Kasih di pautan berikut – semakan online
  2. Anda perlu masukkan maklumat nombor MyKad dan klik ‘cari’ untuk semak pendaftaran.

Leave a Comment