Bekas Perdana Menteri Bercadang Untuk Melaksanakan i-Sinar 2.0 & i-Lestari Dalam Masa Terdekat

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Razak ada menyatakan “keuntungan bagi suku 1 2021 sebanyak RM19.3 bilion”.

Jumlah aset yang terkumpul oleh KWSP juga diumumkan telah jatuh sedikit ke RM982 billion pada akhir bulan suku 1 2021 dari RM998 bilion pada akhir tahun 2020 tapi masih lebih tinggi berbanding RM952 bilion pada tahun 2019 sebelum pandemik.

Penurunan RM16 bilion ataupun 1.6% dari RM998 billion ini adalah akibat pengeluaran RM78.8 bilion melalui skim i-Sinar dan i-Lestari.

Tujuan ini dilaksanakan merujuk kepada:

1. Jumlah aset KWSP yang masih kukuh.
2. Pengeluaran melalui i-Sinar 1.0 dan i-Lestari 1.0 sebelum ini cuma membawa kepada penurunan 1.6% daripada jumlah aset KWSP.
3. Kesan dari “Total Lockdown” sekarang adalah jauh lebih genting setelah kegagalan bersiri PKP 2.0 dan PKP 3.0 separuh masak.


Oleh itu, Dato’ Sri Najib menyarankan kerajaan PN untuk melaksanakan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 sebelum ini untuk tempoh 3 bulan.
Beliau juga turut berkata “jika dulu, impak i-Sinar / i-Lestari 1.0 adalah RM78.8 bilion maka impak i-Sinar / i-Lestari 2.0 pada kadar separuh tidak akan sampai RM39.4 bilion atau 4% daripada jumlah aset RM981.7 bilion KWPS terkini.

Leave a Comment