Belanjawan 2021: Bantuan Khas Penjawat Awam RM600 dan Pesara Kerajaan RM300

Menteri Kewangan Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melalui teks ucapan pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM600 untuk diberikan kepada kakitangan Gred 56 & ke bawah.

Menurut beliau lagi, Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM300 juga akan diberikan kepada pesara kerajaan & veteren tidak berpencen.

PEMBAYARAN BANTUAN RM600 & RM300

Pembayaran Bantuan Khas Penjawat Awam sebanyak RM600 ini akan mula diberikan pada awal Tahun 2021. Bagi pesara kerajaan pula, pembayaran RM300 juga akan diberikan seawal Tahun 2021.


INFOGRAFIK BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM 2021

Leave a Comment