Berita baik kepada semua penerima BPR (Bantuan Prihatin Rakyat), semakan BPR fasa 2 sudah boleh mula dibuat bagi mereka yang telah memohon sebelum ini. Untuk pengetahuan anda, bayaran untuk fasa pertama BPR telah pun diagihkan pada 24 Februari 2021 yang lalu secara berperingkat.
Pada perkongsian ini, Utusan Kerjaya akan kongsikan kepada anda maklumat lanjut mengenai kemasukan bayaran Bantuan Prihatin Rakyat fasa 2 ini.
Baca Juga: Cara Daftar MyBSN Online Dengan Mudah!
BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) Fasa 2
Bermula pada hari ini, pembayaran BPR sudah mula dikreditkan kepada golongan B40 & M40. Berikut kami kongsikan kepada bukti pembayaran BPR yang telah dikreditkan.
Kebanyakkannya penerima yang telah menerima bayaran BPR fasa 2 adalah daripada pemegang akaun BSN (Bank Simpanan Nasional).
Untuk bank yang lain, akan masuk secara berperingkat. Diminta bersabar dan sila semak di akaun bank online anda terlebih dahulu sebelum mengeluarkannya di ATM.
Bukti Pembayaran
BPR fasa 2 ini akan memanfaatkan kepada lebih 3.6 juta isi rumah, 1 juta warga emas (bujang) & lebih 3.8 juta bujang. Bayaran akan diagihkan secara berperingkat mulai 7 Mei 2021 (Jumaat).
Peruntukan keseluruhan adalah berjumlah sehingga RM2.75 billion.
Jumlah & Jadual Pembayaran
Pada BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) fasa 1, bayaran kategori isi rumah akan menerima RM300 & untuk kategori bujang akan menerima RM150.
Untuk fasa kedua ini, pembayaran adalah antara RM150 hingga RM600 berdasarkan kelayakan masing-masing.
Semakan BPR Fasa 2 (Klik Dibawah)
Semakan BPR ini boleh dibuat secara atas talian/online sahaja. Sila klik pada pautan di bawah untuk membuat semakan kelulusan anda.
Semakan Bantuan Prihatin Rakyat: Klik DISINI
Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran bagi fasa 2 adalah seperti berikut:
1. Kredit terus ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang aktif & telah didaftarkan.
2. Tebus tunai di kaunter BSN
- Jika sebelum ini, penerima pembayaran BSH 2020/ BPN 2.0 adalah secara tunai, maka pembayaran anda akan dilakukan secara tunai.
Kadar Bantuan BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) Fasa Pertama
Berapa yang anda akan dapat untuk BPR fasa 1 ini? Untuk Fasa Pertama ini, bayaran yang akan diterima oleh rakyat yang berkelayakan adalah seperti berikut :
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan Bantuan Prihatin Rakyat ini, sila hubungi talian di bawah.
- Hotline BPR: 1-800-88-2747
- MoF: 03-8882 4565/ 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM/ PKH LHDNM/ UTC LHDNM
Kami berharap artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda. Semoga berjaya dalam permohonan bantuan kerajaan ini.
Sumber: Hasil.Gov
Kenapa permohonan saya tidak lulus.. sedangkan saya sudah cukup umur.. kod tidak lulus 06…