Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000 ini akan mula disalurkan pada 20 April depan kepada pemohon yang layak.
Pembayaran maksimum pengeluaran ini adalah RM 10,000 manakala minimum adalah RM 50. Untuk mengetahui informasi lengkap mengenai kaedah pembayaran yang akan dilaksanakan sila rujuk di bawah.
CARA PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS
Pembayaran untuk Pengeluaran Khas ini terbahagi kepada 2 termasuklah
1) Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak secara automatik. Disebabkan itu, pada permohonan Pengeluaran Khas ini anda diminta untuk meletakkan nombor akaun bank yang aktif untuk tujuan pembayaran.
2) Arahan Bayaran
Sekiranya anda tidak mempunyai akaun bank, anda boleh pilih kaedah pembayaran Arahan Bayaran untuk pengeluaran nanti.
- Arahan bayaran adalah agihan pembayaran untuk sesuatu urusan melalui cek atau pemindahan wang.
TARIKH SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Untuk pengetahuan pembaca, semakan status permohonan ini anda boleh buat mulai 9 APRIL 2022.
TARIKH BAYARAN
Bayaran akan dibuat secara sekali bayar sahaja mula 20 April ini.
AMAUN PENGELUARAN
Selain daripada pengumuman pembayaran secara one-off, pihak KWSP turut mengeluarkan informasi berkenaan amaun pengeluaran dan kaedah bayaran, info penuh adalah seperti berikut :
1. Amaun pengeluaran minimum adalah RM 50 manakala pengeluaran maksimum adalah RM 10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Sekiranya tidak mencukupi maka Akaun 1 akan digunakan.
2. Meninggalkan bagi sekurang-kurangnya RM 100 dalam Akaun 1.
3. Pembatalan permohonan dan pindaan amaun adalah tidak dibenarkan. Oleh itu, anda haruslah membuat keputusan yang munasabah sebelum melakukan permohonan.
INDIVIDU YANG LAYAK MEMBUAT PENGELUARAN
Pengeluaran Khas KWSP ini terbuka kepada seluruh ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun tanpa pengecualian.
JUMLAH PENGELUARAN
Mengikut daripada sumber KWSP, amaun pengeluaran minimum adalah berjumlah RM 50 manakala maksimum adalah RM 10,000.
AKAUN YANG DIKELUARKAN
Pengeluaran sehingga RM 10,000 ini akan menggunakan baki Akaun 2 terlebih dahulu tetapi sekiranya tidak mencukupi anda juga boleh menggunakan simpanan Akaun 1.
Ini bermaksud, anda perlu menghabiskan Akaun 2 terlebih dahulu dan tidak boleh memilih jenis akaun untuk membuat pengeluaran.