Cara-Cara Membuat Permohonan Bantuan Komputer Riba Buat Siswa Untuk Golongan B40 Kini Dibuka ~ Mohon Sebelum 21 Oktober 2020

 

Setimpal dengan penetapan pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), semester pertama untuk tahun akademik 2020/2021 akan bermula pada bukan Oktober 2020. Justeru itu, semua pembelajaran akan dijalankan secara online sehingga 31 Disember 2020.
Rujuk Pautan Berikut Untuk Permohonan 
Kempen Komputer Riba Siswa

Memahami penularan Covid-19 yang meningkat secara mendadak dan situasi pelajar yang kurang berkemampuan, ADUN Bukit Gasing dengan kerjasama StandUp Malaysia kini melancarkan kempen komputer riba siswa.
Antara Syarat Kelayakan Permohonan 

1. Terbuka kepada semua pelajar di Malaysia.
2. Memiliki kad identiti pelajar yang sah.
3. Memiliki surat tawaran belajar di universiti/politeknik dan sebagainya.
4. WAJIB sertakan slip gaji ibu bapa.
5. Pelajar dari keluarga B40.
6. Pelajar yang tidak berkemampuan membeli komputer riba.
7. Keluarga yang ada lebih dari seorang di dalam keluarga perlu mengikut kelas atas talian.


Cara Membuat Permohonan 

1. Bagi pendaftaran pelajar yang ingin memohon Laptop4Siswa ini dibuka sehingga 21 Oktober 2020.
2. Sebarang pertanyaan mengenai permohonan boleh diajukan dengan menghubungi StandUp Malaysia di talian 014-6691320 atau emel kepada standup.genderviolence@gmail.com ATAU hubungi pejabat ADUN Bukit Gasing di talian 03-79547490 atau emel kepada help@bukit gasing.my

KEHALAMAN PEMOHONAN


Leave a Comment