Cara Claim Baucar Shopee RM400 – Semak Sekarang

Dalam usaha untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan produk cekap air seperti mesin basuh di pasaran menerusi tawaran hebat, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan kerjasama Shopee kini menjalankan Kempen Jimat Air 4.0.

Dalam inisiatif tersebut, baucar Shopee bernilai RM 400 akan diedarkan kepada pengguna-pengguna yang layak untuk dapatkan produk-produk jimat air untuk rumah masing-masing.

KEMPEN JIMAT AIR 4.0

Kempen ini dijalankan dengan kerjasama di antara Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Shopee. Ia merupakan kesinambungan daripada kempen jimat air 1.0, 2.0 dan 3.0 yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

BAUCAR SHOPEE RM 400

Berikut adalah tiga jenis baucar yang akan diedarkan :

  • Baucar RM 200 untuk membeli mesin basuh
  • Baucar RM 150 untuk dapatkan kelengkapan mandi dan jamban
  • Baucar diskaun 50% untuk dapatkan kepala paip (sehingga 50%)

SENARAI PERKAKASAN DALAM KEMPEN JIMAT AIR 4.0

Senarai perkakasan yang terlibat dalam Kempen Jimat Air 4.0 adalah seperti berikut

  1. Mesin Basuh
  2. Perkakasan Bilik Mandi
  3. Perkakasan Bilik Air
  4. Kedai Terlibat

CARA CLAIM BAUCAR SHOPEE RM 400

Bagi anda yang ingin menebus baucar, anda boleh layari Kempen Jimat Air 4.0 untuk cara penebusan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai kempen ini, boleh terus hubungi pihak SPAN di talian 03-8317 8333 atau emel ke wepls@span.gov.my

Sumber : Triviamy.com

Leave a Comment