Cara Download Borang Bantuan Khas Kematian COVID-19 NADMA RM5,000

Baru baru ini NADMA telah mengumumkan yang mereka akan membuat pemberian bantuan khas kematian COVID-19 sebanyak RM5,000 yang akan dibayar secara one-off kepada waris si mati yang meninggal dunia akibat COVID-19.
Media telah melaporkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyalurkan RM6.16 juta di bawah Program Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 kepada 1,232 orang,waris yang kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19 setakat 19 Julai.
Permohonan masih dalam proses kelulusan oleh Nadma.

Apakah Syarat Kelayakan?

  • Pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja sah untuk mendapatkan bantuan khas ini.
  • Kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia sahaja 
  • Satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini.NADMA cuma akan pertimbangkan satu permohonan saja.

Apakah Kaedah Untuk Mohon Bantuan Khas Kematian COVID-19 NADMA?

Pemohon wajib mengisi borang permohonan yang disertakan dibawah;
Antara dokumen lampiran yang harus disertakan termasuklah:

Borang Permohonan (Lampiran A) yang disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19; 

  • Salinan Sijil Kematian
  • Salinan Kad Pengenalan si mati
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon (waris si mati)
  • Salinan Penyata Bank (yang masih aktif) pemohon (waris si mati)
Hantar permohonan anda melalui pos / email / whatsapp ke NADMA
 WhatsApp NADMA: +60 11-1321 8056

Bagaimana Kaedah Pembayaran akan dibuat?

Bayaran bantuan khas akan dipindahkan kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja selepas tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Pihak NADMA berhak memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Download Borang Permohonan
Klik di sini untuk download borang permohonan Bantuan Khas COVID-19 NADMA.

Leave a Comment