MyKad rosak dan hilang merupakan perkara yang pernah dialami oleh semua orang. Rasa kehilangan kad pengenalan sangatlah panik serta pelbagai proses yang perlu dilakukan.
Tapi kini, semua perkhidmatan telah dinaik taraf untuk mempermudahkan orang membuat penggantian kad pengenalan disebabkan rosak, cip rosak dan menaik taraf cip melalui online sahaja.
CARA MEMOHON PENGGANTIAN MYKAD
Langkah 1
Layari Portal MyGovernment (Gantian MyKad 2.0)
- Layari laman sesawa mereka pada pautan malaysia.gov.my
Langkah 2
1. Mulakan dengan membuat pendaftaran
2. Kemudian, log masuk dan buat permohonan
3. Seterusnya, isi maklumat yang diperlukan dan buat bayara secara dalam talian / online
Langkah 3
Anda perlu tunggu sehari atau lebih, kemudian boleh lihat status permohonan dengan menggunakan mySMS.
- Taip – JPN MYKAD dan hantar ke 15888
Sila tunggu balasan bagi mengetahui status permohonan sama ada ditolak, diterima atau sedia diambil.
Langkah 4
Kalau sudah terima SMS ‘sedia diambil’, anda perlu hadir ke JPN berdekatan bersama resit dan kad pengenalan yang rosak.
Datang ke JPN, bawa resit sebagai bukti dan sahkan melalui pengesanan cap jari anda.
Kemudian, anda bakal menerima kad pengenalan yang baru dan urusan selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi hotline Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di
- 03-8000 8000
Permohonan janji temu, boleh dilakukan melalui portal rasmi https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/formTJSyarat.php