Cara Tuntutan Bayaran RM 50 Sehari Jika Kuarantin C0vid-19 Di Rumah

 

Pemberian elaun diberikan kepada yang kuarantin sama ada di hospitala atau di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penerimaan bantuan itu harus dibuat secara manual ke kisok MySalam berdekatan anda.  

JUMLAH BANTUAN

Berikut ialah keterangan lanjut mengenai jumlah bantuan yang anda akan terima :
  • Anda layak untuk menerima bantuan kuarantin pesakit C0vid-19 RM 50 sehari sama ada anda kuarantin di Pusat Kuarantin, Hospital atau rumah sendiri
  • Maksimum tuntutan adalah selama 14 hari sahaja

MYSALAM

MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah menerusi Dana Amanah MySalam.

Ia bertujuan untuk membantu serta memudahkan kehidupan mereka yang menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan krisis kewangan dengan penyakit yang dihidap.

CARA TEBUS MYSALAM C0VID-19 RM 50 SEHARI

Anda perlu membuat permohonan melalui Kiosk MySalam berdekatan anda.

1. Permohonan boleh dibuat kepada semua rakyat di seluruh negara bermula Sabah sehingga Perlis

2. Sila bawa salinan kad pengenalan bersama-sama borang Annex 14 dan Annex 17 di kiosk

3. Bawa juga surat tuntutan C0vid-19 Annex 14 & 17 dan cop, tempat, masa yang telah pun disahkan sepanjang anda kena kuarantin.

Anda boleh muat turun borang permohonan Annex 14 dan 17 disini : BORANGT UNTUTAN KUARANTIN UNTUK DIRUMAH

Leave a Comment