Makluman untuk semua rakyat Malaysia bayaran i-Citra dah Masuk! Pembayaran akan dibuat secara berperingkat untuk bayaran Bulan Pertama iaitu bulan Ogos. Apa yang difahamkan ,pembayaran iCitra KWSP telah mula dikreditkan bermula pada 2 Ogos 2021 ini.Perkara ini sedikit sebanyak membantu rakyat Malaysia dalam kelangsungan hidup yang serba mencabar dengan bantuan pengeluaran Wang Simpanan milik mereka sendiri .Segelintir pemohon telah mendapat pembayaran pengkreditan KWSP i-Citra ke dalam akaun masing-masing.
Bagaimana Cara Semakan Tarikh Bayaran i-Citra Melalui i-Akaun?
- Buka applikasi i-Akaun melalui Smartphone atau Laman web rasmi
- Buka laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Gunakan ID & Password yang telah anda didaftarkan untuk login
- Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
- Sila klik pada ‘WITHDRAWAL HISTORY’
- Seterusnya klik dipaparan yang bertulis i-Citra
Tarikh Bayaran i-Citra
Seperti i-Sinar, bayaran bagi i-Citra juga turut ditetapkan oleh pihak KWSP dan anda dibenarkan semak tarikh akhir penerimaan bayaran pada bahagian ‘Monthly Recurring Start Payment Date’ di Applikasi dan Laman Web i-Akaun KWSP.
Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (ini bermaksud jika anda mendapat bayaran pertama pada 2 Ogos, bayaran kedua juga akan diterima sekitar 2 September, Oktober juga pada 2 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU Maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
Sebelum akhir bulan berkenaan
Sebagai makluman, pegawai KWSP telah memaklumkan bahawa setiap pemohon boleh semak status mereka bagi mendapatkan info lanjut & yang terkini mengenai maklumat pembayaran i-Citra mereka.
Terdapat 2 kaedah untuk membuat semakan status permohonan i-Citra secara online menyemak ;
Cara Semakan i Citra KWSP
A) Melalui Laman Web i-Citra KWSP
- Sila layari laman web i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/.
- Boleh menekan menu Semakan Status
- Sila masukkan nombor MYKad & Nombor Telefon Bimbit yang telah didaftarkan
- Boleh tekan pada butang Semak Status.
- Status permohonan anda akan dipaparkan seperti di bawah.
B) Melalui Laman Web i-Akaun KWSP
- Sila buka aplikasi i-Akaun atau terus ke pautan berikut: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Sila log masuk menggunakan ID & password yang telah didaftarkan.
- Sila klik pada pada menu “Withdrawal History” &“i-Citra”.
- Status permohonan terpapar. Jika ditulis “Approved” bermaksud telah LULUS
* Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline di 03 – 8922 4848 atau ELYA Live Chat
Dapatkan info terkini melalui media sosial rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP Malaysia)