Terdapat satu (1) bantuan yang anda boleh terima secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.
Ia bertujuan untuk membantu rakyat yang LAYAK untuk menjalani kehidupan normal apabila menghadapi masalah kewangan.
MANFAAT MYSALAM
Manfaat yang bakal diterima oleh para pemohon yang layak adalah seperti berikut :
- menerima bayaran RM 8,000 yang diagihkan dalam masa yang diumumkan
- menerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM 50 sehari atau RM 700 setahun
SYARAT KELAYAKAN MYSALAM
Berikut merupakan syarat kelayakan anda perlu lengkapi untuk menerima MySalam
- Individu berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dan pasangan
- Individu berumur antara 40 tahun sehingga 65 tahun dan pendapatan kurang RM 24,000 setahun
- Individu OKU berumur antara 18 sehinggs 65 tshun dengan pendapatan tahunan kurang RM 24,000
CARA DAFTAR MYSALAM
Untuk pengetahuan anda, permohonan MySalam tidak perlu dimohon. Hal ini kerana semakan secara automatik akan dibuat dengan menggunakan data bantuan seperti BPR / BKM.
Berikut merupakan panduan untuk penerimaan bantuan MySalam
- Penerima BSH/BPR/BKM akan layak secara automatik, mereka akan terus dimasukkan dalam sistem MySalam
- Semakan kelayakan boleh dibuat melalui pautan MySalam https://www.mysalam.com.my/b40/info/
- Semua penerima yang layak akan dimaklumkan menggunakan sistem SMS bermula 1 Mac 2019 lagi
- Tetapi jika anda layak tetapi tidak mendapat pemberitahuan SMS, anda boleh menghantar e-mel di info@mysalam.com.my atau hubungi talian 1-300-888-938
SENARAI PENYAKIT MYSALAM
Jika anda atau saudara mara anda menghidap penyakit di bawah serta merupakan menerima BPR atau MySalam, anda atau mereka boleh menerima bantuan yang dikatakan di atas
- Alzheimer
- Kanser
- Pembedahan Otak
- Koma
- AIDS Gejala Penuh
- Meningtis Bakteria
- Serangan Jantung
- Jangkitan HIV
- Strok / Angin Ahmar
- HIV
- SENARAI PENUH 45 PENYAKIT KRITIKAL