Pemberian Bantuan Bulanan Berjumlah RM 1,000 Kepada Rakyat Malaysia Yang Layak

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM ditubuhkan oleh kerajaan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.

Pelbagai jenis bantuan yang disalurkan oleh pihak JKM kepada masyarakat yang layak.

Pemberian bantuan tersebut meliputi semua jenis golongan termasuklah kanak-kanak, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU). 

SENARAI BANTUAN

Berikut ialah jenis bantuan yang disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuklah :
  1. Bantuan Kanak-Kanak 
  2. Bantuan Orang Tua
  3. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar
  4. Bantuan Am Persekutuan
  5. Bantuan OKU Tiada Upaya Bekerja
  6. Bantuan Anak Pelihara 
  7. Bantuan Latihan Perantis
  8. Bantuan Geran Pelancaran
  9. Bantuan Alat Sokongan
  10. Elaun Pekerja Cacat
  11. Tabung Bantuan Segera

JUMLAH BANTUAN

Pembayaran bantuan adalah bermula RM 150 seorang sehingga maksimum RM 1,000. Tetapi ia bergantung bantuan dan kelayakan anda.

TARIKH BAYARAN

Pembayaran bagi bulan Januari dan Februari 2022 telah selesai dikreditkan. Para penerima sedang menunggu pembayaran untuk Mac untuk tahun 2022 ini.

Manakala pembayaran untuk bulan Mac ialah pada
  • 9 dan 10 Mac 2022

CARA PERMOHONAN

Untuk yang berminat untuk membuat permohonan baharu, berikut ialah panduannya

Langkah 1. Membuat permohonan secara Online / Dalam Talian
  • Layari laman web rasmi JKM
  • Klik butang Daftar Permohonan Dalam Talian
  • Baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi
  • Isi dengan lengkap kedua-dua bahagian A dan B
  • Setelah selesai isi kedua-dua bahagian dengan lengkap, kemudian klik ‘Keputusan’
Langkah 2. Hadir Ke Pejabat / Kaunter JKM
  • Pemohon atau wakil perlu hadir ke mana-mana pejabat atau kaunter JKM berdekatan mengikut daerah yang sudah anda mohon pada Langkah 1
  • Hadir sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari daripada permohonan online
  • Hadir bersama borang permohonan pendaftaran – MUAT TURUN DAN ISI
  • Bawa juga bersama beberapa dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan dan penyata pendapatan

Leave a Comment